Click here for Myspace Layouts

Friday, October 21, 2011

mak nak tisu!!!!



Izinkan aku share satu story..(ayat bagai)...
bermula al-kisahnya...~~~

Mana Mak?'

Jam 6.30 petang....

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.


Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

bila maigrain camera datang lagi...

attention pleasee~~
farah nak bagitaw nih!!dengar betol2..hem~~3"Dengan ini saya farah hanim binti ********"(weh  macam pengumuman esuk raya lar pulak)..sebenarnya nak bagitaw EXAM DAH HABIS,lama dah kowt..biar arr.hahaha..(syoknya,lompat sampai ke langit ketujuh nih)..

btw bila habis exam tetiba pulak datang masaalah maigrain camera.
nak tahu al-kisahnya....

walaowei..seriusnya muka



time nie tetiba rasa macam nak kiss orang..hahaa


stop!!jgn muntah hijau-2 ya..aku memang BAJET..haha



and the last..phewittt~~dapat gak kiss orang..memang best lah habis2 exam kiss orang (gila kowt)..
hahaha..thanks QUE,good job

all pictures credite to:QUE

thanks yo!!

hey yo!!..heee
lama kan tak hupdate blog..hee~~
segan pulak rasanya bila nak menaip nih...sebenarnya bukan tak nak update tapi mood belum datang..kahkah..

okeh!! back to tittle
sebenarnya entry niy special for hacker gemuk....hacker buncit...hahaha
thanks sbb tolong kemaskini blog farah yang macam tonkang pecah,okey skrg dah tak serabut..
biasalah kita kan rabun HTML..hee
pasal ada entry hacker in the blog tue..sebenarnya rekaaan semata-mata..terkezut gak baca,lawak pun ada..truthly,masa tue dua alien yang bajet hacker tue tgh renovate blog nie..so diorang tak dak kerja,tolong post entry  pulak.(memandai ja kau eh QUE,lempang nak..)
dua beradik tue memang nak PUBLIC FIGURE lar tuh..heee(mampoih aku klau dia baca)

btw..thanks sangat kat follower yang follow aku..heee..muahhh
BYE..hujan nih~~sodapnya tidur

Thursday, October 13, 2011

hackers in the blog

Blog ini sedang diceroboh oleh alien-alien dari homogoyoshugiko. Virus ini sedang merebak di merata-rata tempat dalam blog ini. Jangan dekat..jangan dekat.. 

CUBIT BONTOT kang!!
...
...
...
...
...
...


...
THE HACKERS !!
hacker gemok vs hacker bunciitt
...